Isnin, 10 September 2012

YA RASULULLAH.......KAMI RINDUKANMU.....








Assalammualaikum....
lagu ni ana mula dgr dlm fon abg ana......bila ana dgr...,
trsentuh sgt2...sebak....trharu......

ANDAINYA RASULULLAH MASIH ADA........

 -RASULULLAH psti menangis melihat umatnya yg smakin lalai dgn dunia....
sdgkn...,dunia hnya TEMPAT PERSINGGAHAN utk kita bribadat kpd ALLAH.... 


-RASULULLAH psti kecewa dgn umatnya....betapa baginda trlalu mncintai umatnya....shinggakn...,ktika bginda hmpir wafat,d'bibirnya hnya ada ungkapan UMMATI (UMATKU)....Bginda mnyebutnya ummati 3 kali yg sudah mnunjukkn btapa cintanya bginda trhadap kita.....


-RASULULLAH juga memikul sakitnya sakaratulmaut buat umatnya...ini sudah mnunjukkn btapa cintanya nabi kpd kita....


-Betapa bnyk dan tak terbalas pengorbanan NABI MUHAMMAD S.A.W....buat umatnya yg dikasihi dan dicintai...... 

TETAPI............
APAKAH YG KITA BALAS BUAT NABI MUHAMMAD KITA??????

-Umat MUHAMMAD kini semakin melupakan ALLAH & RASUL.....


-Umat MUHAMMAD kini lalai dgn DUNIA & melupakan AKHIRAT.....


-Umat MUHAMMAD kini melupakan AL-QURAN & AS-SUNNAH...


-Umat MUHAMMAD kini semakin BERBANGGA apabila MEMBUKA AURAT & mngikut TREND BARAT....sdgkn...org2 kafir hnya ingin umat ISLAM binasa & turut mnjadi kafir...nauzubillahi min zalik..


-Umat MUHAMMAD kini juga ada yg sanggup MENGHINA ALLAH & RASUL... (Astagfirullahhaladzim....nauzubillahhi min zalik..)


-Umat MUHAMMAD kini trlalu mngejar dunia & harta.....shinggakn kini sudah bnyk brlakunya RASUAH & RIBA....Allahhu akhbar...


-Umat MUHAMMAD kini mnjadi tidak takut mninggalkn larangan ALLAH spt: zina,arak,solat,puasa...malah ia sudah mnjadi kbiasaan dan trend...


-Umat MUHAMMAD kini sudah tidak takut dengan AZAB ALLAH...Apabila hati sudah mnjadi keras & mati....,memang mnusia sudah tidak dpt mnilai yg mana dosa & pahala....Ingatlah manusia....AZAB ALLAH ITU PASTI....Walaupun ia sebesar BIJI SAWI...,ia tetap dihitung...Allahu Rabbi..


-Umat MUHAMMAD kini semakin melupakan prbatasan prgaulan....adalah mnjadi TREND & KEBANGGAAN apabila brpegangan tangan dgn bukan mahram,brpelukan,menaiki motosikal brsama,brcumbuan dan lain2...Manakah akhlak dan malu anda??? Allahu akhbar..



Daripada Abu Hurairah R.A,RASULULLAH S.A.W telah brsabda : 
"MALU ITU SEBAHAGIAN DRPD KESEMPUNAAN IMAN (PADA SESEORANG) ITU BERADA DI DALAM SYURGA, PRCAKAPAN YG BURUK ITU PULA TRMASUK DRPD KEKASARAN DAN KEKASARAN ITU BERADA DI DLM NERAKA" 
(Riwayat at-tirmizi)


Lihatlah saudari & saudaraku.....Adakah ini semua mnunjukkan kita kasih & cintakan RASULULLAH?? Adakah ini balasan kita atas setiap pengorbanan RASULULLAH??? ingatlah teman2ku....ISLAM BUKAN HANYA PADA NAMA........Mngapa kita tidak brsyukur kpd ALLAH stelah dilahirkan sbagai ISLAM?? Sedangkan.....cuba kita lihat dan muhasabah diri kita...betapa ramainya MUALLAF2 yg bgitu susah utk mncari ISLAM...mreka perlukan hidayah ALLAH utk memeluk ISLAM....Tetapi kita???? Perlukah kita mncari ISLAM?? Jwpnnya sudah tentu TIDAK.....krna ALLAH tlh mnciptakan kita sbagai ISLAM....


Ingat juga teman2ku....BELUM DATANGNYA : 


-fitnah yg besar iaitu fitnah al-masihuddajjal(dajjal)......
btapa besarnya fitnah ia...jika iman tiada di hati,mungkin akn mnjadi pngikutnya....(nauzubillah)


-yakjud & makjud yg akn mmbinasakn alam ini...


-binatang bumi...yg melakukan perintah allah.......lihat.....semua makhluk ALLAH spt binatang,malaikat dn lain2 AMANAH & MELAKUKAN PERINTAH ALLAH..tetapi manusia????? Sedangkan.......manusia itu sndiri snggup memikul amanah allah utk mnjadi KHALIFAH di muka bumi ini....manusia tlh mngaku di alam roh bhwa allah adalah tuhan kita semua....tetapi....mana janji kita???


betapa bnyk lg tnda2 kiamat besar yg blm muncul....tetapi lihatlah...ia semakin muncul..........apa yg kita dgr skrg?? umat islam brgaduh? matahari kian trgelincir,bnyknya brlaku gerhana?? pelbagai...tidak perlu disebut...tetapi anda boleh mnilainya sndiri.......dunia semakin tua....tetapi mnusia makin leka..........itulah fitrah.....Memang fitrah..tetapi manusia harus sedar & kmbali pada ALLAH...


*SEGALA SALAH & SILAP HARAP DIAMPUNKAN....SEKADAR UTK BRKONGSI....KITA SUDAH BNYK LALAI.....MUDAH2AN IA DPT MMBERI KEINSAFAN BUAT DIRI INI JUGA..SEGALA YG BAIK DTG DARI ALLAH & YG BURUK DTG DARIPADA  DIRI INI SENDIRI...


WALLAHUA'LAM...
WASSALAMMUALAIKUM.........






~11 ORANG YANG SENTIASA DIDOAKAN OLEH MALAIKAT~

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
 “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:
“Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat,selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:
 ‘Ya Allah,ampunilah ia..Ya Allah sayangilah ia.'


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan  didalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amiin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 
“Jika seorang imam membaca..(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat,dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat,di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal..“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,ampunilah mereka pada hari kiamat.’


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan..Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata:‘Ya Allah,berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’.


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat orang sakit).

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

RENUNGKANLAH.......WAHAI WANITA...

Bismillahirrahmanirrahiim.......

1. Azab Buat Perempuan Yang Membuka Rambut Kepalanya selain Suaminya adalah:
Rambutnya akan digantung dengan api Neraka Sehingga Mendidih Otaknya Dan ini terjadi sampai berapa lama ia di dunia semasa hidupnya belum menutup rambut kepalanya.


2. Perempuan Yang Suka Berpakaian dan Menonjolkan dadanya adalah :
“Digantung dengan rantai api neraka dimana dada dan pusatnya diikat dengan api neraka serta betis dan pahanya diberikan panggangan seperti manusia memanggang kambing di dunia dan api neraka ini sangat memedihkan perempuan ini. "



3. Azab Buat Perempuan Yang Suka Menjadi Penggoda dan Berusaha Menggairahkan lelaki lain dengan tubuhnya adalah : 
“Perempuan ini mukanya akan menghitam dan memakan isi perutnya sendiri.”
( Hadith Diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim )
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا }
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (QS. At Tahriim:8)